Sunday, March 15, 2009

Ariani KL

Ariani merupakan sebuah Butik Esklusif Tudung & Selendang dan pakaian Muslimah milik penuh Jakel. Beralamat di No 127, Jalan Bunus Off Jalan Masjid dia (iaitu berhadapan Jakel KL) telah ditubuhkan pada April 2008. Pengarah Ariani ialah Encik Mohamed Nizam bin Mohamed Jakel.

Bertempat di Sutera 1 & 2, level 8, Maytower Hotel & Serviced Apartment, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur jam 3 petang, majlis sidang akhbar pengumuman Ekin sebagai Duta Ariani. Ekin mentandatangani perjanjian bersama Ariani sebagai Duta Ariani selama 3 tahun pada 15 disember 2008 di Pavillion, Kuala Lumpur.

Ekin seperti di dalam kontrak hanya menggunakan produk Ariani sahaja ketika bersama media ataupun di lokasi-lokasi tertentu seperti program-program khas tv ataupun rancangan-rancangan sepertinya.

Pada majlis ini Ekin meragakan koleksi terkini Ariani di padankan dengan pakaian menarik rekaan Arma Abdul Rahman. Tidak ketinggalan 2 model meragakan koleksi terbaru Ariani dan pakaian tajaan Iszal dari butik Citra.

ARIANI menawarkankan lebih 200 rekaan dan koleksi tudung esklusif yang direka oleh pereka dalamannya yang berpengalaman luas dalam rekaan tudung di peringkat antarabangsa dan menggunakan fabrik yang berkualiti yang diimport khas dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki. Setiap rekaan tudung yang dibuat akan disediakan kepada 100 warna dan 100 helai sahaja tiap-tiap satu.

Antara jenama eksklusif terdapat di Ariani ialah VALENTINO, AKER, ARMINE, AKEL, BONA SERA, ISADORA, UNGARO, PIERRE CARDIN, TIARA EXCLUSIVE DAN TIARA DIAMOND.

Kesemua rekaan esklusif ini tidak terdapat di mana-mana butik lain walaupun kadangkala orang ramai sering keliru dengan tudung-tudung yang seakan serupa yang dijual di merata tempat namun kehalusan jahitan, ketahanan, kualiti serta rekaannya adalah sangat berbeza. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan walaupun ia sedikit lebih tinggi dari yang terdapat di luar sana namun pelanggan-pelanggan yang mementingkan rekaan esklusif dan kualiti yang lebih baik tidak jemu untuk mendapatkan produk ARIANI.

Ariani tidak pernah memberi hak sah samada secara bertulis atau verbal kepada mana-mana pihak untuk menjual atau memasarkan produk ariani sewenang-wenangnya kecuali di cawangan Ariani yang sah. Ariani sentiasa mengawal kualiti dan eksklusifviti kesemua produknya. Pihak Ariani tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sebarang peniruan atau produk yang gunakan jenama tudung Ekin.

Di Butik ARIANI, para pelanggan akan sentiasa berpuas hati dengan layanan mesra dari 20 org kakitangan yang berpengelaman. Bukan itu sahaja, para pelanggan akan diberikan khidmat nasihat dari segi pemilihan tudung yang sesuai mengikut pengunaannya serta teknik dan cara-cara pemakaian tudung akan diberikan secara percuma. Ciri-ciri inilah yang menjadikan ARIANI sentiasa bertapak dihati pelanggan-pelanggannya.

ARIANI merupakan “trend” masakini kerana rekaannya yang tampak moden, esklusif dan bersesuaian dengan busana muslimah. Dalam masa terdekat, ARIANI akan membuka cawangannya di Johor Bahru (awal bulan Mac, perasmian bersama Ekin), di Kuala Lumpur dan Bangi (awal bulan Mac), Bangsar (hujung bulan Mac) dan di Shah Alam dan Wangsa Maju (pertengahan bulan April). Ianya adalah sebagai memenuhi permintaan pelanggan ARIANI yang sangat tinggi.

Perancangan masa depan, Ariani masih dalam perbincangan untuk membuka dan mempertengahkan produk Ariani di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment