Wednesday, March 18, 2009

Ariani rancang buka lima cawangan tahun ini

Berikut adalah link bagi artikel tersebut
http://www.sinarharian.com.my/archive/250209/com/story2484155.asp

KUALA LUMPUR - Ariani Gallery, jenama butik eksklusif milik Jakel merancang untuk membuka lima cawangan baru bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Komunikasi Korporat Jakel, Saiful Izhar Senawi berkata, Ariani dijangka memulakan pembukaan cawangan barunya di Bandar Baru Bangi dan Kota Damansara pada bulan April ini.

“Ia akan dituruti dengan pembukaan cawangan Shah Alam, Kota Kinabalu dan Sungai Petani menjelang bulan Jun. Bagi cawangan Kota Damansara, Ariani akan bersama dengan satu lagi jenama Jakel iaitu Master Home berkaitan dengan produk hiasan dalaman,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis pengumuman Ekin sebagai Duta Ariani.

Ariani menganggarkan kos keseluruhan peruntukan bagi setiap cawangannya adalah bernilai RM500,000 hingga ke 600,000. Saiz bagi setiap cawangan akan di seragam dan diluaskan berdasarkan keperluan dan sambutan daripada cawangan pertamanya yang terletak di Jalan Bunus, Kuala Lumpur.

“Kami juga akan menyeragamkan produk yang ditawarkan supaya pelanggan tidak hanya bertumpu kepada sesebuah cawangan sahaja,” katanya.

Ariani mula beroperasi sejak April tahun lalu menyumbang lima peratus kepada jumlah keuntungan keseluruhan Jakel dan mencatat keuntungan lebih daripada apa yang disasarkan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM500,000 hingga RM600,000,

Untuk tahun ini, Ariani mengharapkan pulangan setimpal dengan pelaburan besar dilakukan kerana mereka perlu memenuhi sasaran yang tidak dinyatakan. Selain itu, Ariani menawarka lebih 200 rekaan dan koleksi tudung eksekutif berjenama Tiara Eksklusif dan Tiara Diamond.

“Kami tidak menolak akan ada pertambahan dalam rekaan kami bagi memastikan permintaan pelanggan sentiasa dipenuhi. Pada masa ini, kami menghasilkan 400 hingga 500 helai tudung dalam masa sehari dan pengeluaran di jangka akan digandakan berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan,” katanya.

Ariani mempunyai kelebihan dalam segmen pasarannya melalui kualiti fabrik, harga yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat nasihat tentang cara memakai tudung dengan betul.

1 comment: